Published On: 20/06/2025By

Year-End Leave Planning: Encik Lim Terlepas Nak Guna Cuti, Apa Boleh Buat?

Encik Lim katakan baru sedar cuti tahunan dia masih banyak, tapi dah hujung tahun baru kelam kabut nak apply semua. Boss pula pening sebab semua orang buat benda yang sama — ada yang plan nak bercuti panjang sebelum Tahun Baru atau Krismas, HR pula sibuk approve dan check balance cuti satu-satu.

Leave Annual: Apa Itu & Apa Undang-Undang Kata?

Cuti tahunan (annual leave) ialah cuti berbayar yang pekerja berhak dapat setiap tahun ikut Employment Act 1955. Minimum cuti, ikut Seksyen 60E:

  • 8 hari kalau bekerja kurang dari 2 tahun
  • 12 hari kalau lebih dari 2 tahun tapi kurang dari 5 tahun
  • 16 hari kalau dah kerja lebih dari 5 tahun

Tapi company boleh bagi lebih, ikut polisi syarikat.

Cuti Terbawa-Bawa (Carry Forward): Boleh Ke?

By right, annual leave kena guna dalam tahun tu juga. Tapi ramai HR bagi peluang carry forward – ikut policy, biasanya 3-6 bulan saja boleh guna cuti tahun lepas. Lepas tu? Cuti burn, boss!

Jangan Tunggu Last Minute! 4 Tips Untuk HR & Boss

  • Set Reminder — Awal November, email atau WhatsApp semua staff update berapa cuti tinggal.
  • First Come First Serve — Jangan semua tunggu last week December baru minta cuti. Siapa cepat, dia dapat!
  • Monitor Coverage — HR jangan approve semua sekali sampai office kosong. Pastikan at least 50% orang masih ada kerja.
  • Clear Policy — Letak peraturan cuti carry forward, dan explain pada onboarding supaya semua tahu setting syarikat.

Tahun Baru, Boss Kena Review Cuti Juga

Ambil peluang untuk review cuti policy setiap Januari. Tengok trend — Gen Z suka short breaks, bukan long leave, so flexible leave boleh jadi bonus yang buat mereka stay lama.

Tak nak pening kira cuti manual? Pandahrms boleh auto track, cuti balance semua clear – encik Lim confirm tak burn cuti lagi tahun depan! Cuba Pandahrms hari ini.